kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…

Sunday, June 28, 2009

Kesempurnaankah yang di cari??

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Hanya 4JJ1 (ALLAH) yang sempurna..
Maka bersahabatlah kerana 4JJ1(ALLAH)...
Hanya dengan itu kesempurnaan dan kebahagiaan
itu akan jelas kelihatan walau dalam kegelapan....

No comments:

Post a Comment


"KeTikA saTu PiNtU kEbAhAgiAaN tErTuTup, PiNtU yAnG LaiN diBuKakAn.TeTaPi sEriNg kAli KiTa TeRpAkU TeRLaLu laMa pAdA PinTu yAnG TerTuTuP sEhiNgGa tiDaK MeLihaT piNtU LaiN YaNg DibUkAkaN baGi kiTa..=)"