kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…

Wednesday, August 19, 2009

Aku Menunggumu...

Isi Hati Sang Ikhwah

Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara
dirimu dari menjadi bahan fitnah

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan,
bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerana semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi
pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerana jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi
pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku,
aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku
inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku
dan pencetak generasi mujahidin

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.

Dari Sang Akhwat

Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Aku mengerti kau merinduiku,
Namun segalanya kau tundukkan kerna
kau tidak mengenal siapa aku.

Aku tau kau sedang berjuang,
Kau sedang lelah berdakwah,
Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,
Sehingga kadang kala kau merasa lemah

Namun sabarlah,
Aku sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu,
Kerana setianya padaku,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana
aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana
yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu

Zaujku,
Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,
Kerana, aku mendambakan seorang zauj yang
mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti,
Bukan paras rupa semata-mata.
Didiklah aku agar sentiasa tegar dalam mujahadahmu

No comments:

Post a Comment


"KeTikA saTu PiNtU kEbAhAgiAaN tErTuTup, PiNtU yAnG LaiN diBuKakAn.TeTaPi sEriNg kAli KiTa TeRpAkU TeRLaLu laMa pAdA PinTu yAnG TerTuTuP sEhiNgGa tiDaK MeLihaT piNtU LaiN YaNg DibUkAkaN baGi kiTa..=)"